BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 13, 2010

Thursday, March 4, 2010

Zat yang terdapat dalam coklat..


Pada hakikatnya tubuh manusia memerlukan zat-zat makanan yang seimbang yang boleh diperolehi daripada berbagai-bagai jenis makanan. Tidak ada makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada ksihatan. Hanya ara pemakanan yang tidak baik seperti pengambilan yang berlebihan dan kurang seimbang serta penjagaan anggota-anggota badan yang tidak sempurna yang akan mendatangkan keburukan.

Unsur-unsur di dalam bahan makanan boleh dibahagikan kepada lima kelas iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin.


Karbohidrat

Karbohidrat umumnya menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubikayu dan kanji tulen koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin.

Coklat dan konfeksioneri mengandungi gula sebagai bahan asas yang akan membekalkan keperluan karbohidrat. Selain daripada itu, karbohidrat juga boleh diperolehi daripada selulosa dalam bentuk fiber walaupun dalam jumlah yang kecil yang diperolehi daripada koko dan kekacang yang dicampurkan ke dalam coklat. Oleh yang demikian, 100 gram coklat dapat menyumbangkan 17% daripada keperluan karbohidrat.



Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Kandunganh lemak di dalam coklat dan konfeksioneri diperolehi daripada lemak koko, lemak susu di dalam coklat susu dan bahan isian lain seperti karamel dan kekacang yang mengandungi lemak sayuran. Coklat seberat 100 gram dapat menyumbangkan 15% daripada keperluan lemak oleh tubuh manusia.



Protein

Protein umumnya dianggap sebagai bahan pemakanan yang penting dengan lima fungsi berikut:-

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementar protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Koko mempunyai kandungan protein yang rendah. Walau bagaimanapun, susu yang terkandung di dalam coklat susu dan karamel merupakan sumber protein binatang yang bernilai. Sementara koko dan kekacang yang menjadi bahan isian coklat merupakan sumber protein sayuran yang terbaik. Oleh yang demikian, coklat seberat 100 gram dapat meyumbangkan 6% daripada keperluan protein oleh tubuh yang dianggarkan 15% daripada pengambilan tenagan.



Vitamin

Walaupun coklat mengandungi jumlah vitamin yang kecil tetapi keperluan vitamin ini boleh diperolehi daripada susu yang merupakan bahan asas coklat susu terutama Vitamin B.

Vitamin mempunyai pelbagai fungsi kepada bahan. Kebanyakan vitamin berfungsi sebagai ko-enzim yang diperlukan bagi memudahkan tindak balas enzim. Vitamin B semuanya penting sebagai ko-enzim. Tiamina adalah penting untuk menukarkan karbohidrat. Riboflavin terlibat dalam pelepasan tenaga daripada glukos. Niasin pula terlibat dalam mempergiatkan beberapa tindak balas katabolik dan biosintetik.



Mineral

Zat mineral yang mengandungi kompaun tidak organik penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.

Koko dan coklat mengandungi beberapa mineral seperti kalium (potasium) yang berperanan untuk mempergiatkan tindak balas biologikal dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel. Setiap 1 aun coklat susu juga mengandungi 18 mg magnesium yang terlibat dalam pengeluaran tenaga dari sumber tenaga dalam bahan ATP (Adenosin-triphosphate) ke ADP (Adenosin diphosphate) semasa melakukan pergerakan atau aktiviti. Di samping itu, ia juga mengandungi zat besi yang bertindak untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida dalam badan. Fosforus terkandung dalam paras purata 75 miligram pada setiap satu aun susu coklat. Ia berfungsi untuk mengatur pelepasan tenaga dalam bentuk fospat, memudahkan penyerapan dan pengangkutan zat makanan dan membantu mengatur keseimbangan dasar asid di dalam badan.

Sumber: Bernard W. Minifie, 1989, Chocolate, Cocoa And Confectionery 3rd. Ed. California.


Coklat Makanan Penyelamat

Barangan akhir koko seperti coklat dan minuman koko boleh menyediakan keperluan nilai pemakanan yang seimbang kepada manusia kerana ia mengangdungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kandungan lemak, karbohidrat dan protein di dalam coklat menjadi pembekal tenaga segera yang penting terutama kepada golongan yang aktif seperti kanak-kanak dan gologan remaja. Memandangkan coklat dan minuman pek sedia koko berkhasiat dan mempunyai pembuangkusan yang mudah, maka ia amat sesuai untuk dijadikan bekalan makanan semasa menyertai aktiviti luar seperti rekreasi atau sukan.

Sesiapa yang bercadang untuk mengadakan pengembaraan, ekspedisi pendakian atau aktiviti memancing sepanjang hari semestinya membawa kepingan coklat sebagai bekalan. Semasa Perang Dunia kedua, kerajaan Amerika Syarikat telah mengakui kepentingan coklat untuk meningkatkan semangat pasukan tenteranya. Sehingga hari ini, coklat telah disenarikan sebagai salah satu bahan makanan segera (meal-ready-to-eat) di dalam keperluan makanan harian tentera Amerika Syarikat.

Pada tahun 1993, empat orang rakyat Britain telah terselamat dalam cuaca salji tebal di Russian caucasus dengan berbekalkan tiga kepingan coklat. Pakar-pakar pendaki Scot menasihatkan orang ramai yang ingin membuat pendakian supaya mengambil minuman panas dan makanan yang mengandungi tenaga yang tinggi seperti kepingan coklat atau kek. Para angkasawan yang menjalankan misi ke angkasa lepas sendiri membawa bersama coklat sebagai keperluan bekalan makanan mereka.

Saturday, February 27, 2010

nikmatnya coklet........!!

PENGENALAN



Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermulanya sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon Amerika Selatan yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.


FAEDAH-FAEDAH COKLAT


Rasa coklat masih sukar diertikan. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yangdominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu,sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.

Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.

Walaupun tak dapat digantikan, pemalsuan sering dilakukan. Koko adalah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairan kalau dapur konvension terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko.

Disebabkan itu, tidak banyak coklat di pasar “coklat”.Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah, seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain soal harga, dengan kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Perbandingan koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung rendah.

Disebabkan coklat mengandung lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandung lebih sedikit kalori dari produk coklat.

FAKTA TENTANG COKLAT


Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.
Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.
Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.
Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.
Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah.


KEBAIKAN TENTANG COKLAT

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.